KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS@MOHE ZON BORNEO 2024
20 Januari 2024 (Sabtu), Dewan Kinabatangan I, Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu, Jam 8.30 pagi - 4.30 petang
Universiti Malaysia Sabah, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama strategik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) menganjurkan Karnival Kerjaya MyFutureJobs@MOHE Zon Borneo 2024.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk TS.Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha Puan Dg Norsiah binti Hj. Ag. Duraman, Pengarah JPSM, dan Yang Berusaha Dr Ali bin Hindia, Pengarah PERKESO Negeri Sabah.
Program ini telah disertai oleh 22 Majikan yang menawarkan lebih daripada 1000 peluang pekerjaan di seluruh Malaysia bagi membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Sabah.
Program juga disertai oleh lebih 30 pempamer agensi dan usahawan yang turut memeriahkan Karnival ini. JPSM telah membuka kaunter pendaftaran Sabah Jobs Portal (SJP) dan booth pendaftaran Program Latihan Berimpak Tinggi dan Program Pembangunan Keusahawanan (STEP).