9 NOVEMBER 2022 (RABU): PERBINCANGAN JUMLAH JAM MODUL LATIHAN DENGAN PEGAWAI JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) PUTRAJAYA, KUALA LUMPUR.
**Satu perjumpaan bersama Ketua Penolong Pengarah (Pegawai Perhubungan Awam) Unit Perhubungan Awam, Bahagian Promosi, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Encik Omar bin MD Dawi telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pentadbiran Kampus ILTP, JPSM Papar. Program yang terlibat dalam perbincangan tersebut adalah Program Kimpalan Arka Kepingan Logam (MC-024-3:2012), Program Dandanan Rambut (HT-090-2/3:2012), Program Setiausaha Korporat Eksekutif (FB-025-3:2012) dan Program Pentadbiran Pejabat (N821-001-3:2020). Hadir bersama dalam perbincangan tersebut adalah Puan Justina Lojuti, Pengurus Pusat Bertauliah ILTP, Encik Rupert Badsun, Ketua Bahagian Teknikal ILTP, Puan Agnes D. Mikil, Ketua Bahagian Perdagangan ILTP, Puan Bettccy Jeffery, Penyelaras Pusat Bertauliah dan Pegawai Pengesah Dalaman serta Pegawai Penilai setiap program.**