Salam Sejahtera
Salam Malaysia Madani
Salam Sabah Maju jaya
Tuan/puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa pelatih Program Modular Jurukecantikan dan Program Modular Dandanan Rambut Sesi 2/2024, Kampus Kota Kinabalu akan mula menjalani Sesi Amali Perkhidmatan Pengambilan Pelanggan ILTP mulai 4 November hingga 10 December 2024.
-
Bagi menjayakan sesi ini, semua staf JPSM adalah dijemput untuk datang mendapatkan rawatan kecantikan dan dandanan rambut yang dikendalikan para pelatih di Salon Program Modular Jurukecantikan dan Dandanan Rambut, Tingkat 7, Blok A, Wisma MUIS, Kota Kinabalu. Adalah diingatkan bahawa para pelatih adalah dalam sesi pembelajaran dan pengajaran yang berkemungkinan akan melakukan beberapa kelemahan atau kelewatan semasa menjalankan amali mereka. Oleh itu, keperihatinan tuan/puan amatlah diharapkan dan sebarang komen atau teguran penambahbaikan adalah dialu-alukan.
-
Caj atau bayaran minima akan dikenakan bagi perkhidmatan rawatan kecantikan dan dandanan rambut yang dikehendaki pelanggan berdasarkan kadar Bayaran Perkhidmatan Pengambilan Pelanggan ILTP yang diluluskan Kementerian Kewangan (Surat Kelulusan KEW:-400 - 14/5/1 Klt. 9 (14) bertarikh 27 Februari 2013). Caj atau bayaran setiap perkhidmatan boleh dirujuk di Kaunter Pendaftaran semasa tuan/puan datang mendapatkan perkhidmatan di Tingkat 7, Blok A, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.
-
Pakej Percuma bagi staf akan diberikan pada kali pertama kunjungan bagi pakej rawatan yang dipilih (pilihan hanya Satu (1) dari Bahagian Kecantikan dan Satu (1) Bahagian Dandanan Rambut). Rawatan seterusnya atau tambahan dan yang tidak disenaraikan seperti Rebonding dan mewarna rambut akan dikenakan caj mengikut kadar yang ditetapkan. Pakej yang ditawarkan Percuma adalah seperti yang berikut:-
4.1 Bahagian Kecantikan:
JCK(A) = Facial + Manikur & Pedikur
JCK(B) = Makeup + Membentuk Kening + Manikur & Pedikur
JCK(C) = Facial + Makeup
4.2 Bahagian Dandanan Rambut:
JDR(A) = Cuci + Gunting
JDR(B) = Keriting
JDR(C) = Cuci + Sanggul/penggayaan rambut
JDR(D) = Stim/treatment Rambut
-
Sila ambil maklum juga bahawa sebarang masalah atau kemudaratan semasa atau selepas mendapatkan Perkhidmatan Pengambilan Pelanggan JPSM Program Modular Kecantikan dan Dandanan Rambut adalah atas tanggungan atau risiko pelanggan sendiri. Dengan ini, pelatih atau pihak ILTP atau JPSM tidak boleh dipertanggungjawabkan atau dipersalahkan atau didakwa atas masalah/kemudaratan yang mungkin dihadapi pelanggan.
-
Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan sesi amali pelatih ILTP ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(Ruhaini binti Osman)
b/p KB ILTP