13 OGOS 2024 (HARI SELASA): DEWAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, SELANGOR
PROGRAM EKSPLORASI KURSUS INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (KIAR) BERSAMA SURIHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) TAHUN 2024
Program Eksplorasi Kursus Integriti dan AntiRasuah (KIAR) Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tahun 2024 telah diadakan di Dewan SPRM Selangor, Seksyen 16 Shah Alam.
Program ini telah dirasmikan oleh TPj Nazli Rasyid bin Haji Sulong, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM. Beliau telah menzahirkan penghargaan kepada Pengurusan JPSM yang telah memulakan Modul KIAR ini di Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) pada tahun 2020.
Aktiviti sepanjang program ini adalah forum, pertandingan jawab soalan melalui kahoot, lawatan ke bilik rakaman bervideo (VIR), lawatan ke bilik pengecaman saksi dan kawad cam, lawatan ke lokap SPRM, lawatan ke gudang sita SPRM dan lawatan ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Ahli panel forum “Belia Agen Perangi Rasuah” adalah PPj Mohd. Nadzri bin Ibrahim, Ketua Seksyen Kokurikulum, PenMas SPRM dan Puan Justina Lojuti, Ketua Bahagian Institut Latihan Teknik dan Perdagangan, JPSM.