Program - Ekspo Kerjaya TVET Madani POLYCC Zon Sabah 2025

Program : Ekspo Kerjaya Tvet Madani POLYCC Zon Sabah 2025

Tarikh : 26 - 28 September (Jumaat - Ahad )

Tempat : Politeknik Sandakan Sabah.

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menyertai pameran Ekspo Kerjaya TVET POLYCC Zon Sabah 2025 yang dianjurkan oleh Politeknik Sandakan.

Promosi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui Sabah Jobs Portal. Ia juga memperkenalkan Program Latihan Kemahiran yang disediakan oleh Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP).

Antara program yang diketengahkan termasuk lah Kursus High-Impact Training Program (HITP), Community Outreach Training Program (COTP), Program Pembangunan Usahawan, serta Program Khas Kerjasama Strategik yang dikendalikan oleh Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran.