Program - Jelajah Kemahiran Belia TVET-Set 2025

Tarikh : 8 November (Sabtu) 2025

Program : Jelajah Kemahiran Belia TVET-Set 2025

Tempat : Dewan Pak Musa, Beaufort

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menyertai pameran sempena lawatan yang diwakili oleh Yang Berhormat Datuk Matbali bin Hj Musah Ahli Parlimen P.178 Sepitang yang dianjurkan oleh Sabah Education Technology .

Promosi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui Sabah Jobs Portal. Ia juga memperkenalkan Program Latihan Kemahiran yang disediakan oleh Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP).

Antara program yang diketengahkan termasuklah Kursus High-Impact Training Program (HITP), Community Outreach Training Program (COTP), Program Pembangunan Usahawan, serta Program Khas Kerjasama Strategik yang dikendalikan oleh Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran.