Program Jelajah Keusahawanan Wanita Dan Belia Sabah 2025 – SIRI 6 (Daerah Putatan)

Program : Jelajah Keusahawanan Wanita Dan Belia Sabah 2025 - SIRI 6 (Daerah Putatan).

Tarikh : 27 - 28 Ogos 2025 (Rabu & Khamis)

Tempat : Dewan Sri Putatan, Putatan

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menyertai Program Jelajah Keusahawanan Wanita Dan Belia Sabah 2025 - SIRI 6 (Daerah Putatan) anjuran Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Cawangan Sabah dan Persatuan Wanita Perkasa Sabah.

Promosi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui Sabah Jobs Portal. Ia juga memperkenalkan Program Latihan Kemahiran yang disediakan oleh Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), sebagai usaha memperkasakan tenaga kerja tempatan.

Antara program yang diketengahkan termasuklah Kursus High-Impact Training Program (HITP), Community Outreach Training Program (COTP), Program Pembangunan Usahawan, serta Program Khas Kerjasama Strategik yang dikendalikan oleh Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran.