Program : Lawatan Yab Ketua Menteri Sabah Ke Daerah Kalabakan “Kalabakan Laju Untuk Maju”
Tarikh : 29 September (Isnin)
Tempat : Perkarangan Dewan Terbuka, Pejabat Daerah Kalabakan.
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menyertai pameran sempena lawatan Yab Ketua Menteri yang diwakili oleh Yb Datuk James Bin Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kalabakan.
Promosi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui Sabah Jobs Portal. Ia juga memperkenalkan Program Latihan Kemahiran yang disediakan oleh Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP).
Antara program yang diketengahkan termasuk lah Kursus High-Impact Training Program (HITP), Community Outreach Training Program (COTP), Program Pembangunan Usahawan, serta Program Khas Kerjasama Strategik yang dikendalikan oleh Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran.