Program - Pameran Kerjaya Sempena Tambunan Youth Festival (TYF2025) Tahun 2025.
Tarikh : 22 - 23 November 2025
Tempat : Dewan Pisompuruan Square Tambunan
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menyertai Pameran Kerjaya Sempena Tambunan Youth Festival (TYF2025) Tahun 2025 yang dianjurkan Kelab Belia Integrasi Tambunan (KBIT).
Promosi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang belia terhadap pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui Sabah Jobs Portal. Ia juga memperkenalkan Program Latihan Kemahiran yang disediakan oleh Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP).
Antara program yang diketengahkan termasuk lah Kursus High-Impact Training Program (HITP), Community Outreach Training Program (COTP), Program Pembangunan Usahawan serta Program Khas Kerjasama Strategik yang dikendalikan oleh Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran.