3 November 2025 (Hari Isnin) | Pantai Manis Papar, Sabah
Program Penghijauan Malaysia Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menganjurkan Program Penghijauan Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh komitmen negara terhadap pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan lestari. Seramai 50 pelatih dari Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah turut serta dalam program ini. Program turut disertai YBhg. Datuk Rizalman bin Dato’ Mokhtar, Setiausaha Politik kepada Menteri Perladangan dan Komoditi Memangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.