13 Jan 2024(Sabtu) SK Tampios Ranau 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB)
Program Perkhidmatan Komuniti Bergerak (PKB) telah disempurnakan oleh YBrs Datuk Makhzan bin Mahyuddin, Setiausaha Persekutuan Sabah
Program ini disertai daripada 37 Jabatan dan Agensi Kerajaan dan Swasta yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan khidmat nasihat.
Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik dan sukaneka, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti untuk belia dan kanak-kanak. Bahagian Khidmat Kerjaya (BKK) telah membuka kaunter pendaftaran Sabah Jobs Portal (SJP).