30 OKTOBER 2022 (AHAD): PERKHIDMATAN PELANGGAN OLEH PELATIH INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) KEPADA WARGA EMAS SEMPENA SAMBUTAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA PERINGKAT DAERAH PAPAR
Seramai 20 orang pelatih Program Perkhidmatan Terapi Estetik dan Program Dandanan Rambut Institut Latihan Teknik dan Perdagangan, JPSM menyertai aktiviti Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Daerah Papar. Pelatih memberikan perkhidmatan manikur, pedikur dan menggunting rambut kepada seramai 78 orang warga emas di Rumah Wargatua Sri Pritchard, Kinarut Papar. Bersama pelatih adalah Puan Josie Chin Nyuk Moi, Pegawai Penilai Program Perhidmatan Terapi Estetik dan Encik Grey Maurice Kadius, Pegawai Penilai Program Dandanan Rambut. Turut hadir adalah Encik Saiful Zahrin Jasri, Pengurus Kampus, ILTP, JPSM.