01 JULAI 2024- PEJABAT UNIT PEMIMPIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT (UPPM) N.22 TANJONG ARU
PROGRAM PROMOSI SISTEM SABAH JOBS PORTAL : PENDAFTARAN PENCARI KERJA
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) sedang dalam usaha untuk mengumpul data dan memperkukuhkan Sistem Sabah Jobs Portal. Platform ini merupakan pusat pekerjaan setempat yang disediakan khusus untuk rakyat Sabah kepada majikan dan pencari kerja di dalam sektor swasta. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bersama UPPM N.22 Tanjung Aru.