12 OKTOBER 2024 (HARI SABTU) : PADANG PEKAN PAPAR
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT 2024
Seramai 45 pelatih dan staff serta jurulatih Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM Kampus Kota Kinabalu dan Papar telah menyertai program Hari Sukan Negara yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat, Pejabat Parlimen P. 175 Papar dan Pejabat Daerah Papar bersama Majlis Daerah Papar, Kementerian Belia dan Sukan Sabah Daerah Papar.
Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi bagi menggalakkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen P. 175 Papar.