Satu Sesi Perbincangan susulan telah diadakan antara ILTP JPSM bersama Universiti Kuala Lumpur

Satu sesi perbincangan susulan telah diadakan antara Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) JPSM bersama Universiti Kuala Lumpur - Malaysian France Institute (UniKL MFI) selepas termeterainya Letter of Intent (LoI) antara kedua-dua pihak.

Perbincangan ini memfokuskan kepada pelaksanaan dan perancangan program akademik UniKL yang dicadangkan untuk dijalankan di ILTP Papar, sebagai usaha memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Sabah serta membuka laluan pendidikan berperingkat kepada pelajar tempatan.

Antara program yang dibincangkan ialah:

Diploma & Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kimpalan (Welding Technology)

Sesi Pengambilan: 2026/2027

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Air (Water Technology Engineering)

Perancangan Pengambilan: 2028/2029

Kerjasama strategik ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, khususnya dalam bidang kimpalan berteknologi tinggi dan kejuruteraan air, selari dengan keperluan industri serta pembangunan infrastruktur negara.

JPSM komited untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama bersama institusi pendidikan tinggi bagi melahirkan tenaga kerja berdaya saing, profesional dan bersijil di peringkat nasional serta antarabangsa.

TVET Pemacu Masa Hadapan

ILTP Papar | JPSM Sabah | UniKL MFI