Seminar Kelestarian Integriti, Bual Santai Misompuru Tokou - Apa Khabar KK? di Jalan Gaya KK

10 September 2023 (Ahad) Lintasan Deasoka, Jalan Gaya, Kota Kinabalu

SEMINAR KELESTARIAN INTEGRITI: BUAL SANTAI MISOMPURU TOKOU - APA KHABAR KK?

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia terlibat sebagai pempamer Sempena Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Sektor Awam Siri 36 Bil. 3 Tahun 2023 Kerajaan Negeri Sabah, yang melibatkan 44 Pegawai dari Perkhidmatan Awam Negeri, Syarikat Berkepentingan Kerajaan dan Universiti Awam di Sabah.

Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, YBhg. Datuk Zainudin bin Aman serta Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Professionalisme) YBhg. Dato’ Indera Junipah binti Wandi.