24 November 2022 (Khamis) - SESI MENANDATANGANI DOKUMEN KONTRAK PERJANJIAN PENGANJURAN KURSUS “CRANE OPERATIONS TRAINING” DI ANTARA JPSM BERSAMA HANDAL CRANES SDN. BHD.
Dokumen kontrak perjanjian ditandatangani oleh Puan Tianinun binti Iping, Pengarah JPSM dan Puan Salbia binti Abas, Ketua Penolong Pengarah BTLK sebagai saksi. Manakala Encik Sunildeep Singh Dhaliwal, Pengarah Urusan Handal Crane Sdn. Bhd menandatangani dokumen tersebut dan saksi adalah Dr. Davina Marcus, Ketua Eksekutif Handal Resources Sdn. Bhd.
Seramai 19 pelatih sedang menjalani kursus pengendalian kren bertempat di Handal Cranes Sdn. Bhd, Kemaman, Terengganu.
Turut hadir sama Ybhg. Datuk Ag. Shaminan Datuk Ag. Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan; Encik Mohd Yassin bin Ibrahim, Pengarah Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN): Puan Zarina binti Mustafa, Ketua Penolong Pengarah, Institut Latihan Teknik Perdagangan (ILTP); Encik Mas Syazani bin Masood, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan dan pegawai-pegawai JPSM.