5 MAC 2024 (SELASA): INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JPSM PAPAR
SESI PENGUMPULAN DATA OLEH INSTITUT MAKLUMAT DAN ANALISIS PASARAN BURUH (ILMIA) MELALUI PERBINCANGAN KUMPULAN BERFOKUS (FGD) BERSAMA BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN PELAJAR INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) BAGI KAJIAN ASPIRASI PENCARI KERJA DI SABAH.
Insitut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh (ILMIA) telah menjalankan Sesi Pengumpulan Data melalui perbincangan kumpulan berfokus (FGD) bersama bahagian pentadbiran dan pelatih Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) bagi Kajian Aspirasi Pencari Kerja di Sabah.
Sasaran responden adalah seperti berikut :
a. Rakyat Sabah yang sedang bekerja, mencari pekerjaan dan tidak bekerja; dan
b. Individu menetap di Sabah yang sedang bekerja, mencari pekerjaan dan tidak bekerja.
Turut hadir Puan Asriyah Abdul Hafid, Penolong Kanan Pengarah Tenaga Kerja (JTK Sabah) dan Puan Justina Lojuti, Ketua Bahagian ILTP, JPSM Papar.