Taklimat dan Pemantauan peserta kursus Keusahawanan Pembuat Pakaian Lelaki dan Wanita

02 September 2024 (Isnin)

Sesi Taklimat dan Pemantauan peserta kursus Keusahawanan Pembuat Pakaian Lelaki dan Wanita di bawah Program Sabah Talent Entrepreneurship Programme (STEP) yang diketuai oleh Pn. Salbia Abas, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran, JPSM.

Para peserta telah mendaftar masuk di Pusat Latihan yang dikendalikan oleh S.Z Enterprise mulai 01 September 2024 hingga 30 September 2024.