**28 SEPTEMBER 2022 - Temuduga Terbuka anjuran Bahagian Khidmat Kerjaya, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah berlangsung selama 1 hari di Ruang Legar Ting.13, Bangunan Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu. Seramai empat (4) majikan telah mengambil bahagian dalam program temuduga terbuka hari ini. Objektif utama penganjuran program Temuduga Terbuka ini adalah untuk memberi peluang kerjaya kepada belia, beliawanis, dan para pencari kerja dimana seramai 40 pencari kerja telah hadir. Diharapkan melalui program ini, ia dapat membantu lebih ramai pencari kerja mendapat pekerjaan dan seterusnya dapat mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Sabah.**