TEMUDUGA TERBUKA BAGI PROGRAM HELP TAHUN 2023 ANJURAN JPSM DGN KERJASAMA SHANGRI-LA RASA RIA KOTA KINABALU DAN JEN JOHOR PUTERI HARBOUR

07 DISEMBER 2022 - Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dgn Kerjasama Shangri-La Rasa Ria Kota Kinabalu dan Jen Johor Puteri Harbour telah melaksanakan Temuduga Terbuka bagi Program HELP untuk sesi pengambilan Tahun 2023. Temuduga Terbuka ini berlangsung selama TIGA (3) hari bermula pada 05/12 hingga 7/12/2022 di daerah Ranau, Keningau dan Kota Kinabalu. Seramai 53 orang calon telah menghadiri Temuduga Terbuka tersebut.