13 Jun 2023, Tingkat 13 Ruang Legar Mini Auditorium dan Ground Floor Wisma Bandaraya Kota Kinabalu, 9 pagi hingga 4 petang
Temuduga Terbuka Perhotelan Siri 1 dan Siri 2
Temuduga Terbuka anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dengan kerjasama Shangri-La Rasa Ria Resort, Tuaran telah melaksanakan dua (2) siri Temuduga Terbuka bagi Hospitality Engagement Learning Programme (HELP) untuk sesi pengambilan Tahun 2023.
Siri 1 berlangsung selama tiga (3) hari yang diadakan di tiga (3) buah daerah iaitu Daerah Kudat pada 16 Mei 2023, Daerah Tambunan pada 17 Mei 2023 dan Kota Kinabalu pada 18 Mei 2023. Seramai 63 calon telah menghadiri Temuduga Terbuka tersebut.
Manakala Temuduga Terbuka Perhotelan Siri 2 telah diadakan pada hari ini, 13 Jun 2023 bertempat di Tingkat 13, Ruang Legar Mini Auditorium Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu dari 9 pagi hingga 4 petang. Seramai 16 calon telah menghadiri Temuduga Terbuka hari ini.
Objektif utama penganjuran Temuduga Terbuka ini adalah memberi peluang kepada belia-beliawanis dan para pencari kerja untuk mendapat pekerjaan dan pengalaman sekali gus mengurangkan kadar pengangguran di negeri Sabah.