Verifikasi Portfolio dan Penilaian Akhir bagi 2 Program Teknikal ILTP, JPSM Papar

22 - 25 FEBRUARI 2023 : VERIFIKASI PORTFOLIO & PENILAIAN AKHIR PROGRAM KENDERAAN PERDAGANGAN-SERVIS PEMBAIKAN & PROGRAM PERKHIDMATAN PEMBAIKAN-KENDERAAN RINGAN, INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM)

Seramai 18 orang pelatih Program Kenderaan Perdagangan - Servis Pembaikan (G452-001-2:2017) dan 18 orang pelatih Program Perkhidmatan Pembaikan - Kenderaan Ringan (G452-002-2:2018) di Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), telah menduduki Penilaian Akhir dengan jayanya.

Pegawai Pengesah Luaran (PPL) untuk Verifikasi Portfolio dan Penilaian Akhir Program Kenderaan Perdagangan - Servis Pembaikan (G452-001-2:2017) adalah Encik Mohd Aiman Amir bin Mohd Hanafi dari Workshop Briged Kem Jawatankuasa Perancang Gerakan Lahad Datu dan Program Perkhidmatan Pembaikan - Kenderaan Ringan (G452-002-2:2018) adalah Encik Albakri bin Dualis dari GiatMara, Kota Kinabalu.