28 SEPTEMBER 2022 (KHAMIS):
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) melalui Bahagian Khidmat Kerjaya, telah mengadakan sesi Webinar bertajuk: “𝗣𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 (𝗦𝗘) : 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹”, yang disampaikan oleh Puan Zazila Roslan , President of Sabah Social Entrepreneurs Association - SOSEA. Sesi tersebut mendapat sambutan yang membanggakan dengan lebih 215 penyertaan. Semoga intipati yang telah dikongsikan, sedikit sebanyak dapat memberi impak positif kepada semua peserta mengenai apa itu Perusahaan Sosial (Social Enterprise) terutamanya kepada para belia di Negeri Sabah yang telah turut serta dalam sesi webinar yang diadakan.