PengenalanNOSS KENDERAAN PERDAGANGAN - SERVIS PEMBAIKAN (Vehicle Maintenance & Service) dibangunkan untuk memberi kemahiran kepada pelatih yang ditakrifkan layak menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) peringkat asas atau Tahap satu bagi Perkhidmatan penyelenggaraan Kenderaan. Program ini, sesuai mengikut kehendak dan keperluan pihak Industri di perkhidmatan pembaikpulihan Kenderaan di seluruh Malaysia amnya. Selaras dengan perkembangan globalisasi masa kini dan program ini, dirangka untuk melahirkan golongan belia yang berkemahiran, kompetitif, kreatif, inovasi dan berdaya saing. Penerapan ini akan membolehkan pelatih berkeupayaan menceburi diri dalam bidang perniagaan atau alam pekerjaan. Atau sebagai para syarat untuk meningkatkan tahap pembelajaran ke Tahap dua dan seterusnya. Subjek TerasC01 - Vehicle Workshop Housekeeping C02 - Vehicle Bench Fitting C03 - Vehicle Body Parts Fitting C04 - Vehicle Engine Service C05 - Vehicle Wheels Inspection C06 - Vehicle Steering & Suspension Service C07- Vehicle Drive Train Maintenance Service C08 - Vehicle Brake Service C09 - Vehicle Electrical & Electronic Service Kelayakan Masuk
Prospek KerjayaPelatih lepasan kursus program Servis Pembaikan Kenderaan Perdagangan boleh mendapat pekerjaan sebagai mekanik kenderaan Perdagangan seperti lori, bas atau kenderaan ringan di syarikat-syarikat berkaitan industri automotif Malaysia termasuk pemasangan badan Kenderaan, membaiki kenderaan atau sebagai seorang peniaga atau usahawan. |