KENYATAAN SEBUTHARGA 02-09-21

Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA dalam bidang Bekalan/Perkhidmatan yang dinyatakan bagi setiap sebutharga dan mempunyai lesen berniaga yang sah untuk menyertai sebutharga seperti berikut:

1- Perbekalan Alat Bantuan Latihan Program Pengajian Elektrik & Penyamanan Udara, Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Sabah. (PANGGILAN SEMULA)

2- Perbekalan Alat Bantuan Latihan Program Perdagangan, Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah. (PANGGILAN SEMULA)

3- Perbekalan Alat Bantuan Latihan Program Pengajian Salon, Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah. (PANGGILAN SEMULA)

Dokumen sebutharga boleh didapati di pejabat Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Tingkat 5, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu semasa waktu pejabat bermula pada 03 September 2021 (Isnin) hingga 13 September 2021 (Rabu). Harga senaskah dokumen sebutharga ialah RM15.00.

Syarikat/Kontraktor mestilah membawa bersama salinan ASAL Lesen Berniaga yang sah, Lesen PUKONSA dan Sijil Pusat Bertauliah/Lesen yang berkaitan seperti yang dinyatakan di ruang Bidang Pendaftaran & Perkhidmatan Syarikat/ Kontraktor dan satu (1) salinan bagi sijil-sijil tersebut yang telah disahkan benar semasa membeli dokumen sebutharga. Sekiranya syarikat/kontraktor mewakilkan orang lain untuk membeli dokumen tersebut, maka surat kuasa hendaklah diberikan kepada mereka untuk ditunjukkan semasa pembelian.

Dokumen sebutharga yang telah dilengkapi dengan menyertakan salinan Lesen Berniaga, Lesen PUKONSA dan sijil/lesen yang berkaitan serta profail syarikat hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta bertanda nombor sebutharga yang berkaitan di ruang atas sampul surat.

Dokumen sebutharga hendaklah disampaikan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Ibu Pejabat, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Tingkat 5, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu sebelum atau pada tarikh tutup iaitu 13 September 2021 (Rabu), pukul 10.00 pagi dan hendaklah dialamatkan kepada:

Pengerusi,

Jawatankuasa Sebutharga,

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah,

Tingkat 4, Wisma Bandaraya,

88000 KOTA KINABALU.

Jawatankuasa Sebutharga tidak terikat menerima sebutharga yang terendah atau sebarang sebutharga. Semua borang sebutharga serta dokumen sokongannya tidak akan dikembalikan.

Pengarah,

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah,

Tingkat 4, Wisma Bandaraya, Jln. Masjid Lama,

Beg Berkunci 198

88000 KOTA KINABALU

Tel: 088-218722/218723/219812/219855/224607/224872