Kunjungan hormat daripada Unit Jaringan dan Pembangunan Profesional (UJPP), UMS kepada JPSM

6 Mei 2026 (Rabu) | Tingkat 13, Bilik Mesyuarat Broadband, Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah

Kunjungan hormat daripada Unit Jaringan dan Pembangunan Profesional (UJPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).

Kunjungan ini dihadiri oleh Dr. Faerozh Madli selaku Ketua Unit UJPP dan Dr. Ang Hong Loong selaku Penyelaras Latihan UJPP. Sesi ini diadakan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama strategik serta berkongsi maklumat berkaitan pembangunan latihan profesional, peningkatan kemahiran dan peluang kolaborasi antara UMS dan JPSM dalam memperkasa pembangunan modal insan di Sabah.