Jemputan kepada para Penyedia Latihan untuk melaksanakan Kursus-Kursus Kemahiran dan Keusahawanan tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia tahun 2026
**Para Penyedia latihan diwajibkan untuk mendaftar di Sistem Silk (Sistem Latihan Kemahiran Bersepadu) melalui link di bawah ini:- **
Link Pendaftaran Sistem SILK :-
(1) Tenaga Pengajar - https://silk.sabah.gov.my/site/verify-tp
(2) Penyedia Latihan - https://silk.sabah.gov.my/site/verify-pl
Setelah mendaftar, Penyedia Latihan boleh memohon menyertai iklan sebutharga Kursus dalam Sistem SILK.
Syarat-syarat menjadi penyedia Latihan Kursus Kemahiran anjuran JPSM:-
• Mempunyai lesen perniagaan yang sah(Salinan sahkan benar oleh DBKK atau pengeluar lesen);
• Sijil Kemahiran Malaysia sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dalam bidang yang dipohon;
**• Pengalaman mengajar tidak Kurang dari dua (2) tahun dalam bidang Kursus(sertakan dokumen kelayakan dan pengalaman dengan jelas); **
• Alat Bantuan Latihan (ABL) yang mencukupi; dan
• Mempunyai kewangan yang kukuh (tiga (3) bulan penyata akaun bank dengan baki penyata tidak kurang daripada RM6000)
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk tawaran Kursus.
Tarikh Tutup permohonan : 19 Ogos 2026 (Isnin) Jam 4.00 Petang
Untuk Sebarang pertanyaan sila hubungi ke talian berikut:-
Tel : 088-218722 sambungan 137 (Suhaimi) atau (Azuan Arby)