KENYATAAN SEBUTHARGA 02 FEBRUARI 2021

Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA dalam bidang Bekalan/Perkhidmatan yang dinyatakan bagi setiap sebutharga dan mempunyai lesen berniaga yang sah untuk menyertai sebutharga seperti berikut:

  1. Perkhidmatan Membekal Makanan dan Minuman Bermasak Islam Kepada Pelatih Di Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembanunan Sumber Manusia Sabah, Tingkat 7, Blok A, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

  2. Perbekalan Jubah Graduasi Pelatih, Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah.

  3. Kerja-Kerja Pembaikan Parit Monsun Kawasan Arena Sukan Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Papar.

  4. Perkhidmatan Penyewaan Mesin Penyalin Berkuasa Tinggi, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Sabah.

  5. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Di Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah.

  6. Perkhidmatan Housekeeping Dan Kawalan Serangga Perosak, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah.

  7. Perkhidmatan Pengurusan Sampah, Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah.

  8. Perkhidmatan Kerja Pemotongan Rumput Dan Kerja-kerja Berkaitan Di Institut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah.

Dokumen sebutharga boleh didapati di pejabat Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Tingkat 5, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu semasa waktu pejabat bermula pada 02 Februari 2021 (Selasa) hingga 11 Februari 2021 (Khamis). Harga senaskah dokumen sebutharga ialah RM15.00.

Syarikat/Kontraktor mestilah membawa bersama salinan ASAL Lesen Berniaga yang sah, Lesen PUKONSA dan Sijil Pusat Bertauliah/Lesen yang berkaitan seperti yang dinyatakan di ruang Bidang Pendaftaran & Perkhidmatan Syarikat/ Kontraktor dan satu (1) salinan bagi sijil-sijil tersebut yang telah disahkan benar semasa membeli dokumen sebutharga. Sekiranya syarikat/kontraktor mewakilkan orang lain untuk membeli dokumen tersebut, maka surat kuasa hendaklah diberikan kepada mereka untuk ditunjukkan semasa pembelian.

Dokumen sebutharga yang telah dilengkapi dengan menyertakan salinan Lesen Berniaga, Lesen PUKONSA dan sijil/lesen yang berkaitan serta profail syarikat hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta bertanda nombor sebutharga yang berkaitan di ruang atas sampul surat.

Dokumen sebutharga hendaklah disampaikan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Ibu Pejabat, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Tingkat 4, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu sebelum atau pada tarikh tutup iaitu 11 Februari 2021 (Khamis), pukul 10.00 pagi dan hendaklah dialamatkan kepada:

Pengerusi,

Jawatankuasa Sebutharga,

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah,

Tingkat 4, Wisma Bandaraya,

88000 KOTA KINABALU.

Jawatankuasa Sebutharga tidak terikat menerima sebutharga yang terendah atau sebarang sebutharga. Semua borang sebutharga serta dokumen sokongannya tidak akan dikembalikan.

Pengarah,

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah,

Tingkat 4,5 & 7, Wisma Bandaraya, Jln. Masjid Lama,

Beg Berkunci 198

88000 KOTA KINABALU

Tel: 088-218722/218723/219812/219855/224607/224872