Kunjungan Hormat kepada MEDAC, INSKEN dan SEPADU

Kunjungan Hormat kepada YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad Bin Mentek, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan YBhg. Dr. Hanisah Hussin, Pengarah Eksekutif, Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama, Jabatan Perdana Menteri (SEPADU) serta perbincangan bersama Puan Roziah Mohamed Isa, Pengarah Perkhidmatan Korporat dan Puan Norasiah binti Harun, Ketua Jabatan Latihan, Institut Keusahawan Negara (INSKEN).

Dalam perjumpaan yang diadakan pada 24, 25 dan 26 Ogos 2020, pihak MEDAC, INSKEN dan SEPADU telah setuju untuk menjalinkan kerjasama bagi memperkasakan Program Keusahawanan dengan JPSM yang akan dimanfaatkan oleh para usahawan di Sabah.