Kunjungan Hormat Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah bersama Puan Tianinun Binti Iping, Pengarah JPSM dan rombongan kepada Ketua Eksekutif PERKESO

12 MEI 2022 - Ybhg. Tuan Zainudin bin Aman, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah bersama Puan Tianinun Binti Iping, Pengarah JPSM dan rombongan telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Eksekutif PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman bin Dato’ Aziz Mohammed. Objektif utama pertemuan adalah untuk mengadakan MoU dengan PERKESO bagi kerjasama strategik Pelaksanaan Karnival Kerjaya di Sabah, Perkongsian data (Real Time Data) kebekerjaan dan kadar pengangguran, Integrasi MyFuture Jobs dan Sabah Jobs Portal serta cadangan membuka Pusat Rehabilitasi PERKESO dan Vokasional di Sabah. Turut hadir sama Encik Azirruan bin Ariffin, Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dan Puan Gayathri Vadivel - Ketua Cawangan Perkhidmatan Pekerjaan, EIS.