PERBINCANGAN PEMBANGUNAN SISTEM LATIHAN KEMAHIRAN BERSEPADU (SiLK) NEGERI SABAH

22 November 2022 - PERBINCANGAN PEMBANGUNAN SISTEM LATIHAN KEMAHIRAN BERSEPADU (SiLK) NEGERI SABAH.

Tujuan perbincangan ini adalah untuk mewujudkan pangkalan data berpusat (One stop centre) bagi program/latihan/kursus kemahiran yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi di bawah kerajaan negeri. Ia juga bagi menyelaras permohonan belia/rakyat Sabah bagi menjamin agihan peluang yang saksama untuk mengikuti program/latihan/kursus kemahiran di pelbagai agensi Latihan di Sabah. Hadir sama dalam perbincangan ini adalah Puan Tianinun binti Iping, Pengarah JPSM, Puan Dg. Norsiah Ag. Duraman, Timbalan Pengarah JPSM, Encik Marshal Anthony, Ketua Penolong Setiausaha KSTI, Puan Erwati binti Busu, Bahagian Pembangunan Aplikasi JPKN, Puan Karen Sigawal, Bahagian Pembangunan Aplikasi JPKN dan Ketua-ketua bahagian JPSM.