Kenderaan Perdagangan dan Servis Pembaikan - G452-001-2:2017

Pengenalan

NOSS KENDERAAN PERDAGANGAN - SERVIS PEMBAIKAN (Vehicle Maintenance & Service) dibangunkan untuk memberi kemahiran kepada pelatih yang ditakrifkan layak menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) peringkat asas atau Tahap satu bagi Perkhidmatan penyelenggaraan Kenderaan.

Program ini, sesuai mengikut kehendak dan keperluan pihak Industri di perkhidmatan pembaikpulihan Kenderaan di seluruh Malaysia amnya.

Selaras dengan perkembangan globalisasi masa kini dan program ini, dirangka untuk melahirkan golongan belia yang berkemahiran, kompetitif, kreatif, inovasi dan berdaya saing.

Penerapan ini akan membolehkan pelatih berkeupayaan menceburi diri dalam bidang perniagaan atau alam pekerjaan. Atau sebagai para syarat untuk meningkatkan tahap pembelajaran ke Tahap dua dan seterusnya.

Subjek Teras

C01 - Vehicle Workshop Housekeeping

C02 - Vehicle Bench Fitting

C03 - Vehicle Body Parts Fitting

C04 - Vehicle Engine Service

C05 - Vehicle Wheels Inspection

C06 - Vehicle Steering & Suspension Service

C07- Vehicle Drive Train Maintenance Service

C08 - Vehicle Brake Service

C09 - Vehicle Electrical & Electronic Service

Kelayakan Masuk

  • Lelaki dan wanita

  • Sihat tubuh badan

  • Berumur 18 hingga 26 tahun

  • Belia tempatan negeri sabah

  • Lulus / Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Warganegara Malaysia (Bumiputra Sabah)

Prospek Kerjaya

Pelatih lepasan kursus program Servis Pembaikan Kenderaan Perdagangan boleh mendapat pekerjaan sebagai mekanik kenderaan Perdagangan seperti lori, bas atau kenderaan ringan di syarikat-syarikat berkaitan industri automotif Malaysia termasuk pemasangan badan Kenderaan, membaiki kenderaan atau sebagai seorang peniaga atau usahawan.