Dandanan Rambut HT-090-2:2012

Pengenalan

NOSS Dandanan Rambut ini telah dibangunkan dengan memfokuskan kepada perkhidmatan dandanan rambut seperti menggunting , rawatan rambut serta men-gaplikasikan kemahiran dan kepakaran untuk menjana pendapatan. Program pengajian ini, menjurus kepada usaha untuk melahirkan usahawan yang berkemahiran, berketerampilan dan berpengetahuan luas dalam bidang dandanan rambut. Selaras dengan perkembangan globalisasi program ini dirangka untuk melahirkan golongan belia yang kompetitif, kreatif, inovasi dan mempunyai keupayaan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan serta diterapkan jati diri kenegaraan melalui jati diri sebagai tambahan program. Melalui program ini, pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran teori dun amali.

Subjek Teras Tahap 2

C01 - Hair Care Consultation

C02 - Hair Shampooing

C03 - Hair Styling

C04 - Hair & Scalp Treatment

C05 - Hair Salon Maintenance

C06 - Hair Salon Product Retailing

Kelayakan Masuk

  • Lelaki dan Wanita

  • Sihat tubuh badan

  • Berumur 18 hingga 26 tahun

  • Belia Tempatan Negeri Sabah

  • Lulus I Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera Sabah)

  • Boleh membaca dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Prospek Kerjaya

Program Dandanan Rambut boleh mendapat pekerjaan di pelbagai sektor swasta termasuklah hairstylist, usahawan dan peruncitan. Sebilangan besar individu ini bekerja sendiri, bekerja secara bebas sebagai perunding rambut.