PengenalanNOSS Pentadbiran Pejabat ini telah dibangunkan dengan memfokuskan kepada perkhidmatan pengurusan pentadbiran dan penggunaan IT di pejabat. NOSS ini memberikan informasi asas kepada seseorang pekerja mengenai dengan tugas-tugas sokongan bagi pengurusan perniagaan dan pentadbiran dalam persekitaran pekerjaan. Kompentasi teras bagi program ini memberi fokus kepada pengendalian kewangan pejabat, pengendalian perolehan pejabat, pengendalian inventori pejabat, pengendalian logistik pejabat, penyediaan dokumentasi pejabat dan penyeliaan pentadbiran staf. Subjek Teras Tahap 3C01 - Front Office Reception
C02 - Office Finance Handling
C03 - Office Procurement
C04 - Office Inventory Handling
C05 - Office Logistic Handling
C06 - Office Documentation Preparation
C07 - Staff Administration Supervision
Kelayakan MasukLelaki dan Wanita
Sihat tubuh badan
Berumur 17 hingga 30 tahun
Belia Tempatan Negeri Sabah
Lulus / Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Warganegara Malaysia (Bumiputera Sabah)
Tahu dan boleh mengendalikan Aplikasi Internet dan Microsoft Office (MS Word, Excel & Powerpoint)
Boleh membaca dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Prospek KerjayaDi antara kerjaya yang bakal diceburi oleh pemegang Sijil SKM/ DKM dalam bidang Pentadbiran Pejabat ini adalah: Pembantu Tadbir di Sektor Awam & Swasta
Penyelia Tadbir
Penyelia Perkhidmatan Telekomunikasi
Eksekutif Jualan/ Pemasaran/Pendidikan
Dikemaskini : 4 April 2023 |