Penyeliaan Pengurusan Pejabat FB-024-3:2012

Pengenalan

NOSS Pengurusan Pejabat ini telah dibangunkan dengan memfokuskan kepada perkhidmatan pengurusan pentadbiran dan penggunaan IT di pejabat. NOSS ini memberikan informasi asas kepada seseorang pekerja mengenai dengan tugas-tugas sokongan bagi pengurusan perniagaan dan pentadbiran dalam persekitaran pekerjaan.

Kompentasi teras bagi program ini termasuk komunikasi perniagaan, pengurusan pemfailan, pengurusan mesyuarat dan aplikasi teknologi maklumat seperti perisian, naik taraf dan penyelenggaraan aplikasi (software).

Bagi Tahap Tiga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penyeliaan dan penguatkuasaan tugasan. Bagi bahagian penyeliaan adalah di antara pihak atasan dengan pekerja.

Subjek Teras Tahap 3

C01 - Office Operation Coordination

C02 - Meeting Arrangement

C03 - Procurement Administration

C04 - Staff Administration

C05 - Customer Liaison

C06 - Office Safety & Security

Administration

C07 - Event Arrangement Assistance

Subjek Elektif

E01 - Application Software Basic

Maintenance

E02 - Application Software Installation

Kelayakan Masuk

  • Lelaki dan Wanita

  • Sihat tubuh badan

  • Berumur 17 hingga 26 tahun

  • Belia Tempatan Negeri Sabah

  • Lulus / Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera Sabah)

  • Tahu dan boleh mengendalikan Aplikasi Internet dan Microsoft Office (MS Word, Excel & Powerpoint)

  • Boleh membaca dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

  • Terampil Tahap 2 dalam bidang Pengurusan Pejabat

Prospek Kerjaya

Di antara kerjaya yang bakal diceburi

oleh pemegang Sijil SKM/ DKM dalam bidang

Pengurusan Pejabat ini

Adalah:

  • Pembantu Tadbir di Sektor Awam & Swasta

  • Penyelia Tadbir

  • Penyelia Perkhidmatan Telekomunikasi

  • Eksekutif Jualan/ Pemasaran/Pendidikan