Perkhidmatan Terapi Kecantikan Tahap 1 S960-002-1:2020

Pengenalan

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau National Occupational Skills Standard (NOSS) PERKHIDMATAN KECANTIKAN ini telah dibangunkan dengan memfokuskan kepada perkhidmatan penjagaan, perawatan muka, teknik makeup, rawatan menikur, rawatan pedikur, khidmat pelanggan dan pengurusan salon kecantikan.

NOSS ini memberikan informasi kepada seseorang pekerja mengenai perawatan kecantikan di salon kecantikan.

Kompetensi bagi Tahap Satu adalah membolehkan seseorang itu berpengetahuan, berkemahiran dan berkeupayaan untuk melakukan perawatan kecantikan dan usahawanita dalam bidang kecantikan.

Subjek Teras Tahap 1

C01 - Professional Ethic, Salon Safety And Hygiene Practices

C02 - Salon Reception Duties

C03 - Manual Facial Services

C04 - Day And Night Makeup Services

C05 - Manicure Services

C06 - Pedicure Services

Kelayakan Masuk

  • Wanita

  • Sihat tubuh badan

  • Berumur 17 hingga 30 tahun

  • Belia Tempatan Negeri Sabah

  • Lulus / Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera Sabah)

  • Boleh membaca dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Prospek Kerjaya di Malaysia

Pelajar lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan seperti berikut :

i) Beauty Therapist;

ii) Aesthetic Therapist;

iii) Manicurist / pedicurist;

iv) Beauty Consultant;

v) SPA Therapist;

vi) Beauty Product and Equipment Suppliers;

vii) Beauty Product Promoter;

viii) Beauty Trainer;

ix) Beauty Advisor;

x) Beauty Supervisor; and

xi) Beauty Centre Supervisor.

Prospek Kerjaya di Luar Negara

Terdapat potensi untuk bekerja di luar negara dengan melihat permintaan dan trend peluang pekerjaan di peringkat antarabangsa.

Dikemaskini : 10 April 2023