Setiausaha Korporat Eksekutif FB-025-3:2012

Pengenalan

NOSS Setiausaha Korporat Eksekutif ini telah dibangunkan dengan memfokuskan kepada perkhidmatan kesetiausahaan dan penggunaan IT di pejabat. NOSS ini memberikan informasi asas kepada seseorang pekerja mengenai dengan tugas-tugas sokongan dalam bidang Penolong Setiausaha / Setiausaha Pejabat bagi pengurusan pejabat majikan dan pentadbiran dalam persekitaran pekerjaan.

Kompetensi teras bagi program ini adalah membolehkan seseorang setiausaha itu berkeupayaan untuk mengurus kerja-kerja pengurusan pentadbiran seperti yang diarahkan oleh majikan.

Bagi Tahap Tiga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penyeliaan dan penguatkuasaan tugasan. Bagi bahagian penyeliaan adalah di antara pihak atasan dengan pekerja.

Subjek Teras

C01 - Hospitality Administration
C02 - Office Documentation
C03 - Filing Administration
C04 - Petty Cash Administration
C05 - Meeting & Event Coordination
C06 - Travel Arrangement

Subjek Elektif

E01 - Legal Work Administration

Kelayakan Masuk

  • Lelaki dan Wanita

  • Sihat tubuh badan

  • Berumur 17 hingga 26 tahun

  • Belia Tempatan Negeri Sabah

  • Lulus / Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera Sabah)

  • Tahu dan boleh mengendalikan Aplikasi Internet dan Microsoft Office (MS Word, Excel & Powerpoint)

  • Boleh membaca dan berkomunikasi dengan baik dalam *Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

  • Lulus Bahasa Inggeris SPM

Prospek Kerjaya

Pelatih lepasan Kursus Program Setiausaha Korporat Eksekutif boleh mendapat pekerjaan dalam pelbagai organisasi. Mereka boleh ditugaskan dalam firma-firma yang menyediakan perkhidmatan seperti dalam bidang pengajian dan pembelajaran, undang-undang, kesihatan serta perkhidmatan perniagaan. Selain itu mereka juga boleh ditempatkan di bahagian pembangunan, pemborong dan perdagangan runcit, kenderaan dan bahagian komunikasi. Mereka juga boleh bekerja dalam pengurusan perkhidmatan bank, perkhidmatan insurans, firma pelaburan dan hartanah, bahagian Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta Agensi Kerajaan Tempatan.