Operasi Sistem Komputer IT-020-3:2013

Pengenalan

Selaras dengan keperluan tenaga kerja yang kompeten di pasaran kerja. JPSM melalui kampus ILTP Papar telah beru-saha menukar program anjurannya kepada konsep latihan yang berasaskan keterampilan. Sehubungan dengan ini, pada tahun 2007, program Pembantu dan Juruteknik Sistem Komputer (D-041-2&3) Tahap 2 dan 3 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah bermula. Tahun 2011 program ini telah bertukar kod kemahiran kepada IT-020-2&3. Bermula pada kemasukan Julai 2016 program ini telah menggunakan NOSS baru yang lebih dikenali dengan Competency of Curriculum Unit (CoCU), nama program juga ber-tukar kepada Operasi Sistem Komputer (Computer System Operation) dengan menggunakan kod program yang baru, iaitu IT-020-3:2013. NOSS baru yang digunakan mengandungi 7 CoCU berikut.

Subjek Teras

COCU 1: COMPUTER SYSTEM SETUP

COCU 2: COMPUTER MAINTENANCE

COCU 3: COMPUTER SYSTEM REPAIR

COCU 4: SERVER INSTALLATION

COCU 5:COMPUTER SERVER MAINTENANCE

COCU 6: COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY SET-UP

COCU 7: MOBILE DEVICES CONFIGURATION

Prospek Kerjaya

Pelajar yang telah tamat pengajian di dalam Sektor Teknologi Maklumat berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya seperti berikut:

  • Juruteknik Sistem Komputer

  • Juruteknik Khidmat Sokongan

  • Usahawan Kafe Siber

  • Usahawan Kedai Komputer

  • Pembantu Tadbir

  • Pegawai Pemasaran ICT

  • Tenaga Pengajar di institusi kemahiran & vokasional sekiranya melanjutkan pengajian.