Teknologi Kimpalan (6G)

Pengenalan

Program yang ditawarkan ini melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan dalam aspek teknologi kimpalan yang diperlukan di Industri petroleum dan perkapalan.

Pelajar akan didedahkan dengan Perkara berkaitan keselamatan diri serta bengkel.

Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran merancang, menyelia mereka bentuk, memeriksa dan menguji kerja-kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

Subjek Teras

  • Welding Safety

  • Welding Machine and Accessories

  • Welding Consumables

  • Welding Procedure Specification

  • Welding Design

  • Technical Drawing

  • Welding Inspection and Testing Of Welds

  • 6G 2 Inch (GTAW)

  • 6GC 8 Inch (SMAW + GTAW)

  • 6G 8 Inch (SMAW)

Kelayakan Masuk

  • Lelaki dan Wanita

  • Sihat tubuh badan

  • Berumur 17 hingga 35 tahun

  • Bujang / Berkahwin

  • Belia Tempatan Negeri Sabah

  • Mempunyai sijil Asas Kimpalan daripada mana-mana pusat latihan kimpalan

  • Lulus / Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera Sabah)

  • Boleh membaca dan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa

Prospek Kerjaya

Pelajar lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai jurukimpal arka dan gas di syarikat-syarikat berkaitan industri minyak dan gas, industri perkapalan, industri pembinaan dan infrastruktur, industri automotif, industri kuasa, industri aeroangkasa dan lain-lain pekerjaan berkaitan dalam bidang kimpalan arka dan gas termasuk sebagai seorang peniaga atau usahawan.

Dikemaskini : 6 April 2023