Aktiviti Menarik sempena Program Mini Bazaar anjuran MBJ, Kelab JPSM dan ILTP

28 OKTOBER 2023 (SABTU) : DEWAN SERBAGUNA KAMPUS ILTP JPSM, PAPAR

MINI BAZAAR JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM)

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dengan kerjasama Kelab JPSM dan ILTP telah mengadakan Program Mini Bazaar JPSM. Pelbagai aktiviti menarik disepanjang program tersebut berlangsung. Antaranya adalah jualan “Prelove”, Pertandingan mewarna kanak-kanak, Perkhidmatan Estetik dan Dandanan Rambut, Acara Karaoke dan Perlawanan PUBG Mobile E-Sports.

Turut hadir dan merasmikan Program Mini Bazaar ialah YBhg. Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah.