ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2022

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2022

19 Januari 2023 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Tahun 2022 sempena Majlis Amanat Pengarah Tahun 2023 telah berlangsung di Grand Ballroom, The Pacific Sutera Hotel.

Seramai 30 warga JPSM menerima anugerah pada majlis tersebut melibatkan empat kategori iaitu Anugerah Khas Pengarah (Jurulatih Sambilan) , Anugerah Khas Pengarah, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Jurulatih Sambilan) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2022.

Turut hadir melancarkan majlis adalah Puan Dg. Norsiah Hj Ag Duraman, Timbalan Pengarah JPSM,Ketua-Ketua Bahagian dan semua warga JPSM. Semoga penerima APC 2022 kekal cemerlang dan berkhidmat demi kemajuan serta menjadi motivasi kepada warga JPSM yang lain.