Ceramah Kesedaran Kebajikan Haiwan disampaikan oleh Puan Faridah Malai, Timbalan Presiden SPCA

25 NOVEMBER 2023 (SABTU): DEWAN SERBAGUNA ILTP JPSM, PAPAR

ANIMAL WELFARE AWARENESS TALK

Lebih 200 pelatih, beserta staf dan jurulatih Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan (ILTP), JPSM hadir program anjuran JK Pencinta Haiwan ILTP, JPSM Papar.

Ceramah Kesedaran Kebajikan Haiwan disampaikan oleh Puan Faridah Malai, Timbalan Presiden Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA)

Taklimat mengenai Jenayah Dan Hukuman di bawah Enakmen Kebajikan Haiwan Sabah 2015 disampaikan oleh Puan Farahdiana Mohd Kassim, Unit Kebajikan Haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

Turut hadir dalam program tersebut Encik Saiful Zahrin Jasri, Pengurus Kampus ILTP, JPSM.