Forum Bual Bicara

**Sempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Pembangunan Sumber Manusia kali ke-33, Forum Bual Bicara bertajuk “Hala Tuju Latihan Kemahiran dan Keusahawanan” telah diadakan pada 13 Oktober 2021 dalam talian dan dipancarkan secara langsung di “facebook” JPSM. **

Objektif program diadakan bagi mengetahui hala tuju pelaksanaan kursus tajaan latihan kemahiran dan keusahawanan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.

Empat orang Panel telah dijemput untuk menjawab setiap soalan yang diutarakan bersesuaian dengan tajuk forum. Panel terdiri daripada Penyedia Latihan iaitu Encik Rimee Liew dari Qhalifah Legacy, Puan Nurul Fatiha Jalaluddin dari Uni YS, Puan Lucinder Kaur S dari Tata Permata Enterprise dan Puan Nursahfiekah Zainal dari M.Nur Enterprise. Forum telah dikendalikan oleh Encik Epiphanius @ Altred Eban selaku Moderator.

Diharap setiap kupasan yang diberikan oleh panel jemputan dapat membantu JPSM untuk merancang dan menyediakan pelbagai kursus lain pada masa hadapan.