Forum Sembang Kerjaya "Kebolehpasaran Kerjaya SPM Melalui TVET" di SMK Inanam

10 JUN 2023, SMK Inanam Kota Kinabalu, jam 9.00 pagi - 1.30 tengah hari

FORUM SEMBANG KERJAYA “KEBOLEHPASARAN KERJAYA SPM MELALUI TVET”

Program ini telah disertai oleh guru-guru kaunseling di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran serta pelajar sekolah SMK Inanam. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan TS. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia dan turut dihadiri oleh Pengarah Perkeso Cawangan Sabah, dan Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah.

Bahagian Khidmat Kerjaya, JPSM telah membuka kaunter pendaftaran Sabah Jobs Portal dan menjadi panel dalam forum yang bertajuk “Penggerak Minda Untuk Pembangunan Kerjaya”.