Gotong-Royong Perdana ILTP JPSM Kampus Papar dan Kota Kinabalu

15 FEBRUARI 2023 (RABU): GOTONG-ROYONG PERDANA INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) KAMPUS PAPAR DAN KAMPUS KOTA KINABALU

Program gotong-royong perdana Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) telah diadakan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Gotong royong tersebut telah diketuai oleh Puan Zarina binti Mustafa, Ketua Penolong Pengarah ILTP, JPSM dan disertai oleh seluruh warga JPSM di ILTP Kampus Papar dan Kampus Kota Kinabalu.

**Objektif program tersebut adalah bagi mewujudkan suasana Institut yang sentiasa bersih dan selesa untuk bekerja, emupuk aktiviti sosial yang sihat serta menjalin hubungan baik sesama staf dan sebagai satu aktiviti stress relief. **

Selain itu program ini dapat meningkatkan semangat kerjasama yang padu dikalangan warga ILTP, JPSM dengan penglibatan semua pihak di sepanjang program gotong-royong tersebut.