Hari Sukan JPSM 2023 anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi JPSM - 9 & 10 Disember 2023

HARI SUKAN JPSM 2023 ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI JPSM (KELAB JPSM)

Kelab Kebajikan dan Rekreasi JPSM telah mengadakan Hari Sukan JPSM 2023 pada 09 Disember 2023 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM Papar. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Antara sukan yang dipertandingkan adalah badminton, memanah, dart dan ping pong.

Manakala pada 10 Disember 2023 (Ahad), sukan yang dipertandingkan adalah bowling bertempat di KK Galaxy Bowl Centre Point Sabah. Selepas itu, program penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Kamsiah Ibrahim, Timbalan Pengarah JPSM.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.