Jemputan ke Sabah TVET Innovation Competition and Oil & Gas Career Fair 2025

JEMPUTAN KE SABAH TVET INNOVATION COMPETITION AND OIL & GAS CAREER FAIR 2025

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Sabah TVET Innovation Competition and Oil & Gas Career Fair 2025 yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 18 Oktober 2025 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat: Level 2, Kinabatangan Hall III, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu

Program ini merupakan inisiatif bersama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Kimanis Petroleum Training Centre (KPTC) bagi memperkukuh pembangunan tenaga mahir dalam bidang TVET serta industri minyak dan gas di Sabah.

Antara pengisian menarik menanti anda:

Pertandingan Inovasi TVET

Pameran Institut Latihan & Pendidikan Teknikal

Ekspo Kerjaya Minyak & Gas

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu terus dengan wakil industri, institusi latihan dan tenaga pakar TVET. Sertai kami untuk meneroka masa depan kerjaya anda!

Masuk adalah PERCUMA!

Terbuka kepada semua pelajar, graduan dan orang awam.