Jemputan kepada Penyedia Latihan untuk Melaksanakan Kursus-kursus tajaan JPSM 2024

JEMPUTAN KEPADA PENYEDIA LATIHAN UNTUK MELAKSANAKAN KURSUS - KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN TAJAAN JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (JPSM) TAHUN 2024

SYARAT - SYARAT MENJADI PENYEDIA LATIHAN KURSUS JANGKA PENDEK JPSM:

• Mempunyai lesen perniagaan dalam bidang yang sesuai (Khidmat Latihan atau Tenaga Pengajar);

• Pengalaman tidak kurang dari dua (2) tahun (Lampirkan dokumen kelayakan dan pengalaman);

• Mempunyai modul latihan kursus dan jadual mengajar yang lengkap mengikut kemahiran berkaitan (Lampirkan);

• Alat Bantuan Latihan (ABL) yang mencukupi; dan

• Sumber kewangan yang mencukupi (Lampirkan salinan satu (1) bulan penyata akaun bank yang terkini).

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk tawaran kursus.

JIKA BERMINAT, SILA LENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN MELALUI PAUTAN BERIKUT ATAU DENGAN MENGIMBAS KOD QR YANG DISERTAKAN

https://forms.gle/dBfpdjCV1s6YLah66

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 08 MAC 2024 (JUMAAT) JAM 12.00 TENGAH HARI

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI TALIAN BERIKUT :-

**TEL : 088-218722 sambungan 125 (Encik. Mahathir) / 137 (Encik Suhaimi) /110 (Puan Sandra) **