JEMPUTAN UNTUK PENYEDIA LATIHAN MELAKSANAKAN KURSUS TAJAAN LATIHAN KEMAHIRAN SIRI 2 TAHUN 2021

SYARAT-SYARAT MENJADI PENYEDIA LATIHAN KURSUS TAJAAN LATIHAN KEMAHIRAN (JANGKA PENDEK) :

• Berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia;

• Mempunyai lesen perniagaan dan bidang yang sesuai;

• Tenaga Pengajar mempunyai pengalaman tidak kurang 2 tahun (maklumat berkenaan kelayakan tenaga pengajar hendaklah disertakan);

• Mempunyai Modul Latihan Kursus yang lengkap mengikut kemahiran berkaitan;

• Alat Bantuan Latihan (ABL) yang mencukupi;

• Jadual mengajar harian yang lengkap; dan

• Kewangan yang mencukupi (Penyata Akaun Bank 3 bulan perlu disertakan)

• Wajib menghadiri Taklimat JPSM sebelum kursus bermula.

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Sila kembalikan ke Pejabat JPSM borang permohonan yang lengkap diisi berserta Profail Syarikat, Jadual Mengajar Harian dan Cadangan Pengisian Program (Modul Latihan) yang lengkap. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 22 MAC 2021 (ISNIN)

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI TALIAN BERIKUT :-

TEL : 088-218722, 224607, 224723 sambungan 110, 114, 120, 122, & 126